“Assalamualaikum,” kedengaran suara Puan Rosnah, ibu Zachwan memberi salam sambil loceng villa dibunyikan. “Waalaikumsalam,” jawab Puan Merlina, ibu Putri sambil pintu utama dibuka. Mereka saling bersalaman. “Masuklah. Duduk dulu. Datang sendiri je?” “Tak. Datang dengan bakal menantu awak sekali. Dier tengah parking kereta kat luar tu.” Jawab Puan Rosnah. “Owh...” Puan Merlina mengangguk sambil menghidangkan teh di atas meja. “Mak Siti cuti minggu ni. Adik dia sakit. So, saya kenalah ambil alih tugas dier buat sementara waktu ni... Kesian juga kat adik dia.” Tambah Puan Merlina. “Owh... Emm... Anak dara awak mana? Tak nampak pun...” Soal Puan Rosnah sambil memerhati keadaan sekelilingnya untuk mencari kelibat bakal menantunya. “Assalammualaikum,” Zachwan memberi salam. “Waalaikumsalam,” Jawab mereka serentak. “Masuklah. Mari duduk sini.” Tambah Puan Merlina. “Owh ya. Putri tu, tengah hari ni baru nak sampai.” “Aik?! Bukan ke sepatutnya dier sampai semalam?” Puan Rosnah mengerutkan dahinya diikuti oleh Zachwan yang hanya berdiam diri. “Ye... Tapi, flight dier kena tunda sebab problem cuaca. Tu yang lambat sampai tu. Ni pun, tak tahulah siapa nak jemput dier kat airport nanti. Saya suruh dier naik teksi je semalam. Tapi, aku risau pulak kalau dier jalan sorang-sorang. Maklumlah, anak dara... Daddy dier kena bertugas kat Indonesia sekali dengan papa Zachwan kan... Pak Man pulak, saya dah bagi cuti sekali tolong hantarkan Mak Siti. Diorang kan sekampung...” “Emm... Biarlah Zachwan yang jemput dier nanti. Lebih selamat.” Cadang Puan Rosnah. Zachwan tersentak tetapi masih mendiamkan diri. “Eh. Tak payahlah susah-susah. Lagipun, kan Zachwan ader appointment dengan patient kat hospital kejap lagi...” “Takpelah, aunt. Kalau sempat nanti, lepas appointment, Wan terus jempt Putri kat airport.” Zachwan mula bersuara membuat mereka berdua tersenyum. *** Jam menunjukkan pukul 1:15 pm. Tetapi, Zachwan masih sibuk kerana harus menemui beberapa orang pesakit lagi untuk menerima bantuannya. “Hey! Apa yang ko tercegat lagi kat sini?! Buruk dah si Putri tu tuggu ko kat airport!” Marah Farhan. “Wei... Masalahnya... Patient aku ramai lagi kat luar tu beb... Takkan nak tinggal camtu je...” Jelas Zachwan. “Patient tu, no problem la beb...” “Eh. Tak payah arrr... Ko je lah yang pi jemput dier kat airport tu...” Cadang Zachwan. Aik?! Nak lepas tanggungjawab ke??? “Ah! Takde... Takde! Ko pi sekarang, patient-patient tu ko pass kat aku je... Ok?!” Cadang Farhan pula. “Eh... Tap...” “Shhh... Ko pi sekarang! Pi!!!” Desak Farhan. “Thnx, Bro...” Zachwan menepuk bahunya. “My pleasure...” *** Rasa geram didalam hati Putri terhadap Zachwan makin menjadi-jadi apabila terpaksa menunggu kehadiran lelaki itu untuk menjemutnya di situ pada tengah hari itu. Namun, lelaki itu agak terlewat. Gadis itu meninjau keadaan sekeliinnya. Shake and Juice. Gerai itu menarik perhatiannya. Dia mengatur langkahnya untuk menuju ke gerai tersebut. ‘Em... Hausnya...’ Desisnya sambil meneguk jus strawberi yang di pesannya tadi. Perhatiannya teralih kepada sebuah kereta Porche yang baru tiba di situ dan sedang parking di airport carpark. ‘Cis! Punyalah lama aku kena tunggu dia! Kalau tak boleh ambil, aku boleh naik teksi sendirilah... E... Mama... Mama... Kenapalah mama suruh si Zachwan ni ambil Putri...’ Rungutnya di dalam hati... Beberapa detik selepas itu, dia melihat Zachwan melangkah keluar dari kereta mewahnya. Dia sedar lelaki itu sedang memandangnya. Namun, dijelingnya lelaki yang membuat hatinya panas ketika ini. Lelaki itu membalas jelingannya lalu mengangkat beg pakaian jenama Polo gadis itu. Dengan perasaan geram di hati, Putri merampas semula beg pakaiannya dari tangan lelaki itu. Zachwan membulatkan matanya. “Apa?! Aku boleh angkat sendirilah!” Marah gadis yang bertubuh lebih kecil daripada lelaki itu. Lelaki itu menghela nafas, geram. “Ok!” Jawabnya selamba. Zachwan mengatur langkah ke arah keretanya diikuti oleh Putri yang terkedek-kedek membawa beg pakaiannya. Sesekali lelaki itu mengerling ke arah Putri yang berada di belakangnya. Comel... Zachwan menutup pintu keretanya. Dilihatnya, Putri cuba mengambil tempat duduk di belakang, sedangkan, tempat duduk di sebelahnya kosong. “Hei, Putri. Ko duk depan!” Arah lelaki itu, serius. Gadis itu menjeling. “Suka hati akulah nak duk mana!” “Hei! Ni kereta aku! Ko seronok je duk kat belakang tu macam bos! Ko duk depan sekarang!” “E!!!” Rungutnya lalu berpindah tempat duduk ke sebelah lelaki itu. *** “Tak sabar-sabar pulak rasanya nak berbesan. Bulan depan anak-anak kita dah nak naik pelamin. Saya betul-betul tak sabar...” Kata Puan Rosnah dengan girangnya. “Ye... Samalah. Agaknya, minggu ni, boleh jadi minggu yang tersibuk sekali nak buat persiapan untuk diorang” Balas Puan Merlina dengan gelak ketawanya. “Hah?!” Langkah Zachwan dan Putri terhenti apabila terdengar ucapan itu...