‘E... Betulke apa aku buat ni?! Entah-entah, muka dier sebiji dengan monkey kat dalam zoo negara hari tu... E... Tak rela aku!” Putri bermonolog sendiri sambil membelek-belek beberapa helai gaun yang terdapat di almari pakaiannya. Akhirnya, dia menghela nafas. Bibir nipisnya dimuncungkan. Kelihatan agak comel sekali... Pandangannya tertumpu pada sehelai gaun berwarna merah muda. Kalau bab sexy tu, OF COURSE la... “NOT MY STYLE!!!” Rungutnya sendiri. Gadis ini memang agak cerewet dalam bab-bab memilih pakaian mahupun barang-barang keperluannya yang lain. But, its because, SHE’S SIMPLE!!! Alasannya, bukan spesies dier nak wear dress-dress macam tu... Gaun-gaun yang mummy dier belikan sebelum ni tak pernah-pernah pun dier sentuh... DEGIL!!! “Tapi takpe... Biar muke mamat tu buruk macam beruk, yang penting, aku kena tampil lebih bergaya dari dier... So, kalaupun dia buruk sangat, aku bolehlah reject dier bila-bila masa, alasan, tak match arrr... Tapi, tak pelik ke aku pakai macam ni?! Kalau bagi mummy, of coursela PELIK!!! Aishhh!!! Stress aku!!!” Gadis itu membebel sendiri dengan perasaan yang berbelahbagi. *** “OK dah tu... Hey, Bro! Ko janganlah stress sangat... Ko gelabah ek?! Hahaha!!! Ko tak sabo dah ke nak jumpa dier???!!! Relax arrr, Bro...” Usik Farhan apabila melihat sahabatnya sibuk membelek-belek dirinya. “Eh! Ko diam boleh tak?! Bising arrr... Nanti mama aku dengar camne?!” Marah Zachwan perlahan. Control voice lah tu... “Ok... Ok... Kelakar la tengok ko gelabah macam ni... Pesal?! Ko malu dekat mama ko ke? Hehehe! Mesti mama ko bangga bila dier tahu ko nak keluar dengan calon menantu dier...” “Eh... Aku taknak mama aku tahulah... Biarla... Nanti, bila-bila aku tak suke kat minah tu, aku bla arrr...” “Bagus-bagus! Pastu, pass kat aku plak...” “Bangang ko!!!” Zachwan pantas mencapai bantal dari atas katilnya lalu dibalingkan ke arah temannya... *** Setelah hampir setengah jam menunggu kehadiran Putri, Zachwan mula berasa tidak selesa. “Ish! Mana minah ni?! Dah la panas, aku kena tunggu dier plak...” Rungutnya. “Sabarla, Bro... Kejap lagi datanglah tu... Ala... Pompuan... Ni mesti kes lekat dengan cermin ni... Ko pun satu! Jangan-jangan ko buat banyak dosa tak, tu yang rasa panas tu...” Mamat sorang ni, tak kacau orang, TAK SAH!!! “Eh! Ko diam arrr!!! Membebel je...” Marah Zachwan, gerammm... “Yelah! Ko yang ajak dier keluar, ko lah kena tunggu dier...” “E!!!...” Tidak sempat lelaki itu mengetuk kepala sahabatnya, kedengaran suara seorang gadis berdehem di hadapan mereka. ‘Macho jugak mamat ni...’ Desis Putri. “Ye?” Soal Zachwan yang agak terkejut dengan kehadiran seorang gadis yang comel dihadapannya. ‘Fulamak!!! Cantik tuuu...’ Fikir Farhan sambil terlopong, kagum... Pada malam itu, Putri tidak kelihatan agak sexy kerana dia menutup bahagian bahu yang terdedah dengan selendang yang sepadan dengan warna gaunnya. Zachwan menjeling ke arah Farhan yang duduk disebelahnya. ‘Berani mamat ni!!! Ni aku punya!!!’ Desisnya. Dia pantas memijak kaki temannya itu sebagai isyarat ‘Mine’. Farhan terkejut dari lamunannya. Dia mengerti maksud tersirat temannya itu... “Emmm... Okey. Excuse me...” Pintanya. “Okey.” Jawab Putri ringkas yang sedari tadi memerhati DRAMA antara Zachwan dan Farhan. “Please have a seat err...miss...eh... Putri kan?!” Zachwan memulakan bicara walaupun dalam keadaan yang agak menggeletar. “Thanks. Owh... SO, inilah Zaiman... Eh...” ‘Zaiman?! Apelah... Nama aku punyalah cantik... Dier tak ingat?!’ “Sorry... Correction... Zachwan.” Jawabnya. “Owh. Sorry... Ya. Zachwan. Pehal nak jumpe saya?” Soal Putri. “Nak kenalan. Eh! Apa aku cakap ni?!...” Tenungan mata Putri yang nakal membuat lelaki itu menjadi tidak keruan. Gadis itu tertawa... ‘Tak sangka, lelaki ni mudah tewas... Huhu!’ Di dalam hati, Putri bersorak seolah-lah meraih kemenangan. ‘Pesal pulak minah ni gelak?! Dier nak mainkan aku ke apa ni... Ni yang buat aku tak senang duduk ni...’ Fikir Zachwan melihat kelakuan pelik Putri. Lelaki itu menggenggam tangannya... Nak kena buku lima minah ni, tak boleh pulak... Tak pasal-pasal, muka comel dier tu jadi muka zombi pulak. Huhu! Comel?! Memang comel... Tapi, aku mana boleh tewas dengan minah ni... Lelaki itu menepuk meja di hadapannya dengan tapak tangan kanannya sehingga menghasilkan bunyi yang kuat dan mengejutkan Putri... Farhan yang memerhati mereka di sebalik pokok bunga di belakang mereka turut menerima kejutan daripada kelakuan temannya itu. ‘Hah... Diam pun...’ Habis merah muka gadis itu... ‘Eh! Jap... Dier nak nangis ke?’ Lelaki itu meneliti wajah gadis di hadapannya. Dilihatnya, wajah gadis itu mula monyok... Tiba-tiba, terdengar esakan gadis itu seolah-oleh seorang kanak-kanak sedang menangis. Farhan menepuk kepalanya sendiri... ‘Bangang betulah mamat ni!!! Pesal dier buat camtu?! Kesian si comel tu...’ Rungut hatinya. Zachwan mula menggelabah. “Dik... Dik... Dik... Jangan nangis, dik... Nanti abang belikan aiskrim, k?! Ish! Apa ni???” Pujuknya. Tapi, tersilap langkah. “Adik?! Abang?! Aiskrim?! Betulke kawan aku sorang ni???” Rungut Farhan yang masih tidak beralih dari tempat persembunyiannya. Putri masih lagi dengan kedegilannya... Dia masih lagi tidak mahu mengalah... Zachwan terus menarik tangan Putri lalu membawanya ke arah keretanya. Enjin kereta Porchenya itu dihidupkan... Kereta digerakkan untuk menuju ke satu destinasi. “Ish!!! Kemana pulak budak berdua ni?! Macammana dengan aku?! Arghhh!!! Naik teksilah jawabnya!!!” Bebel Farhan. “Hey! Kemana ko nak bawa aku ni, hah?!” Baik ko turunkan aku kat sini! Kalau tak, aku jerit!!!” Ugut Putri. “Jeritla! Ko ingat aku takut ke?!” Zachwan pula mencabar. “Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!” Zachwan menutup kedua-dua belah telinganya... Beberapa saat kemudian, dia menghentikan keretanya lalu menutup mulut Putri dengan tangannya. “Diamlah! Pecah gegendang telinga aku!!!” Marahnya. Putri menolak tubuh lelaki itu sehingga kembali ke tempat duduknya. Dia kemudian mengetuk-ngetuk dan menolak-nolak pintu kereta yang dikunci secara automatik oleh Zachwan tadinya. “Eh! Eh! Apa pulak ko buat tu?! Takkan ko nak rosakkan kereta kesayangan aku ni pulak?!” Marahnya lagi. “Hantar aku balik!” Arah gadis itu. “Ish!!! Ko pi lah balik sendiri! Turun! Nanti rosak pulak kereta kesayangan aku ni!” Putri menarik muka. “Ko yang ajak aku keluar! And, ko yang tarik aku masuk kereta ko! Kalau ya pun taknak hantar aku balik terus, hantarlah balik ke restoran tadi! So, aku boleh balik naik teksi...” Nada suaranya diperlahankan... Kesian pulak kat minah ni... Kereta dipandu semula, tetapi, kini lelaki itu membawa keretanya menuju ke jalan ke rumah Putri pula. Gadis itu berasa lega... Beberapa minit kemudian, mereka tiba di depan pagar villa gadis itu. “Maybe seisi rumah ni dah pengsan dalam selimut... Huhu! Nasib baik aku...” Putri mengagak dengan melihat keadaan dalam rumah dari luar yang kelihatan agak gelap. Zachwan hanya mendiamkan diri... Malas dia hendak bersuara... *** Putri mengambil tempat duduknya di meja makan. Pada pagi itu, orang tuanya kelihatan pelik. Entah kenapa... “Kamu balik dengan apa semalam?” Mummy mula bersuara. Putri mengangkat mukanya lalu ditundukkan kembali. Gadis itu enggan menjawab soalan mummynya. “Owh ya! Petang ni, Putri kena balik ke hostel... Nak hantar assignment sekali.” Dia cuba untuk membuat orang tuanya lupa akan soalan mereka tadi... “Kenapa tak ajak Zachwan masuk rumah semalam?” Soal daddy pula sambil tersenyum... Mummy mengangkat kening. Putri terlopong. ‘Aik?! Macammana tahu ni???’ Dia bermonolog memikirkan soalan kedua orang tuanya.