Biodata Cinta Sering mereka mengungkap dan menghuraikannya, Namun... Masih lagi keliru akannya, Kini... Biar aku jelaskan segalanya, Supaya tidak ada lagi yang bertanya, Ada apa dengan Cinta? Sebenarnya... Usaha pergi entah ke mana? Keadaan fizikalnya di depan mata, Kerana sering kali mereka berkata, CINTA itu buta! Sememangnya... Selain cacat keadaan fizikalnya, Ia juga kurang ilmu dunia, Kerana itulah kita sering mendengar bicara, CINTA tak kenal usia... Namun... Jangan pernah kita mempersendakannya, Atau memandang rendah akannya, Kerana Dato' Siti Nurhaliza pernah bernyanyi, Bukan CINTA biasa~~~ Sedang dilanda kesunyian jiwa ini... Merana kekecewaan, Ku cuba mencari-cari, Kemana hilangnya CINTAku? Tapi, mengenali asal usul diriku... Mereka mengkhabarkan... CINTa di Pantai Syurga... .