Karya Online - http://karya.edunet.com.my
DUKA DALAM RINDU
http://karya.edunet.com.my/articles/51/1/DUKA-DALAM-RINDU/Page1.html
eyda ibrahim
di lahirkan pada tahun 1987, dan di besarkan di kijal, kemaman dan kuantan, pahang. melanjutkan pengajian ke peringkat diploma pada tahun 2005 dan menamatkannya pada tahun 2008 di island college of technology penang. 
By eyda ibrahim
Published on 07/17/2009
 
Kisah seorang kekasih yang telah di tinggalkan namun dia masih menyimpan rindu pada bekas kekasihnya itu, walaupun kekasihnya telah di miliki oleh wanita lain.

SERUMPUN CINTA
malam ini ku rasakan sama,
seperti malam-malam lalu.
rembulan mula menyepikan dirinya,
dan aku kesepian lagi...

bukan kemahuan ku,
bukan kehendak ku,
di atas kegagalan cinta ini...

ku turuti jua,
akan kehendak mu, walaupun ku sedar,
pahitnya bagiku...

perasaan ku ini,
usah kau peduli,
biar lah aku duka di dalam tangisan rindumu...

kerna dirinya, aku kau tinggalakan,
kerna kesilapmu, aku yang bersalah...
kerna kebahgiaan mu, aku yang merana,
kerna cinta ini duka dalam kerinduan...

cintamu hanya sandaran,
aku kau jadikan persingahan,
sakitnya hatiku...

memang khilafku,
menyintaimu tanpa ku sedari,
duka akan menjelma...

ku turuti atas kehendak mu,
walaupun ku yang terluka,
aku rehda...