Karya Online - http://karya.edunet.com.my
Antara Cita dan Cinta
http://karya.edunet.com.my/articles/42/1/Antara-Cita-dan-Cinta/Page1.html
hamdan ali
"Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini." 
By hamdan ali
Published on 05/15/2009
 

Antara Cita dan Cinta
Assalamualaikum...pejam celik-pejam celik da nak final exam..risau,takut,gementar,seronok,suka suma bercampur baur..hahaha. Tidur pun jadi tak lena (maklumla bilik panas...rasa mcm ddk dlm oven..huhu). Asyik fikir jer nak baca buku,tp tak pernah bukak pun...hehe... Tidur pun jadi tak teratur. Jangan amalkan tak baik untuk kesihatan...study..study gak..ksihatan kena jaga...=)
Berbalik kepada tajuk di atas...ANTARA CINTA DAN CITA...Tidak dinafikan..semua org dalam dunia nie ada cita-cita yg nak dicapai dalam hidup...tak kiralah cita-cita tu besar ke kecil...Namun persoalannya di sini...antara CITA dan CINTA..mana utama..????
Sebagai seorang pelajar umumnya atau mahasiswa... Cita-cita perlu dutamakan. Bukan mendahulukan cinta dari cita. Melalui pengamatan saya dengan mata kasar. Ramai pelajar atau mahasiswa terleka dengan tujuan asal ke IPT. Maklumlah semua dah masuk usia remaja. Berlumba-lumba mencari pasangan. Majoriti wanita contohnya, merasa risau jika belum memiliki teman lelaki. Mungkinkah disebabkan pelajar lelaki yang kian pupus di IPT...haha..=) Sebenarnya bilangan lelaki masih ramai.. Tp tak tau la mana silapnya...mungkin ramai yg tak berkenan ke IPT kut...hehe

Cinta memang indah. Namun di sebalik keindahan itu terselit penderitaan. Awal-awal bercinta terasa mcm di syurga. Semua indah belaka. Namun, apa bila frust menonggeng rasa macam nak mati jer. Kalau boleh...gantung diri, terjun dari bangunan hatta minum racun pun sanggup.... Terutama golongan wanita yang selalu dipermainkan oleh jantan dayus. Hanya mengharap mendapat apa yang diinginkannya. Apabila dah meragut maruah wanita mereka merasa puas. Kembali mencari mangsa seterusnya. Mempertuhankan nafsu dalam diri.
Ingatlah muda-mudi.. Kita sepatutnya berusaha mengapai cita-cita yang diimpikan selama ni. Mak ayah kat kg tu mengharap sangat anaknya berjaya dgn cemerlang dan mendapat kerja yang baik. Jangan sia-siakan harapan mereka. Terutama kepada sehabat-sahabatku yang bernama WANITA... Yang berada jauh dari pengawasan mereka. Jagalah dirimu wahai saudariku. Peliharalah maruahmu. Capailah cita-citamu. Lupakanlah sebentar tentang cinta itu.

Carilah cinta yang hakiki, cinta manusia akan akan mati. Tapi, cinta Allah cinta yang hakiki. Membawa ketenangan. Membawa ketenteraman dalam diri dan hati kita. Sematkan Allah di hati. Jadilah seperti Rabiatul Adawiyyah yang sanggup menolak pinangan Hasan Basri seorang ulama terkenal semata-mata mengharap cinta Ilahi. Tapi kita manusia. Perkahwinan adalah sunnah. Namun dari sisi besar cintanya pada Allah patut kita contohi. Wallahu’ alam bissawab.